Nota – Microsoft Word

MODUL PEMESINAN BERKOMPUTER

UNIT 8.4: PENGATURCARAAN MUDAH

8.4.1    PENGENALAN

Kursus Amalan Bengkel Mesin adalah merupakan pengabung jalinan antara subjek Pemesinan Berkomputer dan Amalan Bengkel Mekanikal. Subjek Pemesinan Berkomputer menyediakan latihan Lukisan Geometri, AutoCAD, Pengaturcaraan Mudah, Proses Mengisar Kawalan Berangka Berkomputer dan Proses Melarik Kawalan Berangka Berkomputer. Subjek amalan Bengkel Mesin ia merangkumi langkah keselamatan melibatkan teori dan amali dalam kerja menggegas, mengimpal dan kerja-kerja pemesinan. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan Kursus Amalan Bengkel Mesin, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan dan pengurusan bengkel.

Mata pelajaran ini dirancang untuk pelajar yang telah tamat pelajaran menengah rendah serta mempunyai minat dan kecenderungan untuk memasuki pekerjaan dalam bidang teknikal. Mata pelajaran ini juga disusun untuk memberi peluang bagi pelajar melanjutkan pelajaran dan latihan diperingkat yang lebih tinggi.

8.4.2    0BJEKTIF KHUSUS

Pada akhir unit ini, pelajar dapat,

1. Menerangkan fungsi kod-kod yang digunakan dalam program pengaturcaraan   kawalan  berangka dengan tepat

2. Menggunakan kod-kod kawalan berangka untuk menghasilkan pengaturcaraan mudah  dengan mudah

8.4.3    MENILAI KAEDAH TERBANTU KOMPUTER SEBAGAI SATU BAHASA PENGATURCARAAN

Lukisan terbantu komputer rekabentuk terbantu komputer,pembuatan terbantu komputer semuanya merupakan salah satu kaedah terbantu komputer. Bahasa pengaturcaraan (language programming) pula merupakan bahasa yang difaham oleh komputer atau sesetengah mesin. Kaedah terbantu komputer saling berkait dengan bahasa pengaturcaraan dimana dalam mengatur perisian bagi membina sesuatu program.

Sebab menggunakan Kaedah Terbantu Komputer Dalam Bahasa Pengaturcaraan adalah:

1.         Komputer sebagai medium dalam melakukan proses-proses kerja.

2.         Perisian pula diperlukan bagi menggerakkan sistem komputer.

3.         Perisian adalah arahan-arahan yang ditulis untuk dipatuhi oleh sistem komputer.

4.         Perisian akan ditulis dalam bahasa pengaturcaraan seperti COBOL, BASIC, C, G CODE, M CODE dan lain-lain.

5.         Mesin menerima arahan dan proses kerja diakukan.

Mengenal Pasti Julat Terbantu Komputer Dalam Bahasa Aturcara dikenalpasti sebagai:

1.         Had kemampuan satu-satu kod dalam melakukan kerja.

2.         Setiap kod mempunyai julat tersendiri dalam kemampuan melakukan sesuatu kerja.

3.         Setiap perisian juga mempunyai bahasa arahan yang berbeza-beza dan mempunyai julat tersendiri.

4.         Contoh : Jika kod arahan mengarahkan mesin melakukan kerja-kerja melurah, maka hanya kerja melurah sahaja yang akan dilakukan pada mesin. Sebagai contoh ‘G’ kod dan ‘M’ kod yang digunakan dalam mesin CNC, setiap kod akan mewakili kerja-kerja tertentu serta julat tertentu dalam melakukan kerja.

8.4.4    CNC

Computer Numerical Control atau singkatannya CNC mula dicipta pada awal 1970an. Sebelumnya hanya dikenali sebagai NC kerana tiada kawalan komputer iaitu satu sistem kawalan automatik yang beroperasi menggunakan kod-kod huruf dan angka yang dikawal oleh perisian sistem komputer. CNC merupakan kaedah pengawalan mesin secara tepat menggunakan siri arahan berkod. Kod ini dinyatakan dalam bentuk nombor dan abjad. Kod ini mewakili arah, jarak, pergerakan dan kedudukan.

8.4.5    KELEBIHAN DAN KEKURANGAN CNC

Perkara paling penting yang disumbangkan oleh kebanyakan mesin CNC walau dalam apa saja penggunaannya ialah meningkatkan automation atau pergerakan-pergerakan secara automatik. Penggunaan tenaga kerja berkaitan dengan kerja-kerja pembuatan boleh dikurangkan. Kebanyakan mesin CNC boleh beroperasi secara sendiri setelah diprogramkan dan sementara itu pekerja boleh melakukan kerja-kerja sampingan yang lain.

Dengan yang demikian pekerja tidak terlalu tertekan, kesilapan dapat dielakkan, kerja-kerja boleh dijamin kualitinya dan masa kerja siap boleh ditentukan dengan mudah. Apabila mesin boleh beroperasi dengan sendiri mengikut yang telah disediakan keperluan kepada tenaga mahir juga boleh dikurangkan berbanding penggunaan mesin konventional yang memerlukan tenaga mahir untuk menggunakan sesuatu mesin bagi menjamin kualiti dan keselamatan.

Teknologi CNC telah menjadikan kerja dihasilkan dengan lebih tepat dan konsisten. Oleh yang demikian penggunaan CNC yang diprogramkan telah menunjukkan penghasilan produk yang tepat berulang-ulang kali kepada ratusan malah jutaan unit dengan konsisten dan tepat.

CNC menawarkan kerja yang lebih fleksibel iaitu mesin boleh beroperasi mengikut program. Dengan yang demikian, apabila program telah ada, pada bila-bila masa sahaja kerja-kerja boleh dimulakan atau dihentikan atau disambung semula tanpa perlu menempuh kerja-kerja set-up mesin yang merumitkan dan menyebabkan kerosakan mesin dan sebagainya jika ketiadaan pekerja yang mahir dengan sesuatu mesin.

Apabila mesin lebih mudah set-up, lebih mudah dikawal operasinya, lebih mudah diprogramkan, masa untuk menghasilkan produk menjadi lebih cepat.

Oleh yang demikian, kelebihan teknologi CNC adalah boleh mengurangkan kos pengeluaran produk, meningkatkan kualiti produk, membantu pengawalan mesin dan perancangan kerja. Di bawah adalah antara sumbangan CNC.

Jadual 1 :Kebaikan dan kekurangan CNC

Kelebihan Kekurangan
Meningkatkan produktiviti Pelaburan atas pembelian mesin yang agak tinggi
Mengurangkan kos pengeluaran Kos penyelenggaraan yang tinggi
Mengurang kerja penyeliaan Kurang praktical untuk penghasilan kuantiti yang rendah
Meningkatkan mutu perancangan dan kawalan
Lebih fleksibel untuk kerja diselaras
Daya kerja berulang yang tepat
Mengurangkan kos-kos luar jangka
Keperluan tenaga mahir yang rendah

8.4.6    SISTEM KAWALAN CNC

Sistem kawalan CNC akan membaca program dan mengaktifkan arahan dengan susunan yang betul. Fungsi mesin akan diaktifkan sebab pergerakan spindle akan mengikut arahan yang diberikan di dalam program.

Selain membaca program, sistem juga mempunyai fungsi-fungsi lain. Sistem CNC yang terkini boleh memperbetulkan jika ada kesilapan atau memberitahu ada kesilapan di dalam program. Sesetengahnya mempunyai system yang membolehkan mesin membuat test-run bagi memastikan program yang dibuat adalah betul.

 

8.4.7    SISTEM CAM

Untuk kerja yang mudah seperti menebuk lubang, kerja boleh dibuat secara manual dengan ertikata yang lain, operator akan duduk menuliskan program dengan hanya berbantukan pensel, kertas dan kalkulatur.

Apabila aplikasi semakin banyak dan sukar terutama program yang baru, menulis program secara manual adalah merumitkan.untuk memudahkan aplikasi sedemikian sistem CAM (Computer aided Manufacturing) boleh digunakan. Sistem CAM ialah perisian yang boleh membantu proses memprogram kerja-kerja CNC. Secara umumnya CAM boleh menghindarkan kesilapan dan menjimatkan masa menyediakan program.

Dalam kebanyakan syarikat yang besar CAM dan CAD diperlukan keduanya kerana CAM membuat produk manakala CAD melukiskan produk malah CAD bukan sahaja melukis tetapi juga membuat rekabentuk produk, merekabentuk keperluan mekanikal dan kejuruteraan.

8.4.8    KOD CNC

Jika dilihat kebanyakan kod mengikut penggunaannya seperti T untuk mata alat (tools), S untuk kelajuan (speed), F untuk kadar suapan (federate) dan sebagainya.

Bagaimanapun kod G dan M mempunyai fungsi-fungsi khas. Sebahagian kod G berfungsi menukar mode seperti G90 dan G91. Sebenarnya kod G datang dari perkataan group yang bermaksud kumpulan kerana kod dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Jadual 2: G kod

Kod Fungsi
G00 Interpolasi lelurus dalam pergerakan laju
G01 Interpolasi lelurus dalam pengerakan suapan
G02 Interpolasi lengkung ikut jam dalam pergerakan suapan
G03 Interpolasi lengkung lawan jam dalam pergerakan suapan
G40 Mansuh pampasan jejari mata alat
G41 Pampasan jejari mata alat ke kiri
G42 Pampasan jejari mata alat ke kanan
G90 Mengaktifkan sistem koordinat mutlak
G91 Mengaktifkan sistem koordinat tokokan
G94 F.. Kadar suapan F dalam mm/minit
G95 F.. Kadar suapan F dalam mm/suapan
G96 S.. Kelajuan pemotongan tetap
G97 G.. Kelajuan pengumpar tetap

Jadual 3: M kod

Kod Fungsi
M02 Program berhenti
M03 Pengumpur dalam pusingan ikut jam
M04 Pengumpur dalam pusingan lawan jam
M05 Pengumpur OFF
M08 Bahan penyejuk ON
M09 Bahan penyejuk OFF
M30 Pengaturcaraan tamat dan balik ke blok pertama

Sebahagian besar sistem kawalan CNC menggunakan format alamat huruf dan nombor untuk memprogram. Setiap arahan mempunyai abjad atau huruf di ikuti dengan angka.

Setiap arahan diberikan dari satu langkah ke langkah yang lain adalah kaedah mudah difahami. Arahan demi arahan yang dibuat membolehkan setiap pergerakan mesin diatur mengikut langkah dikehendaki dan tidak memberikan masalah.

Pengaturcara semasa menulis program mesti dapat membayangkan bagaimana mesin akan bergerak dari satu posisi ke posisi berikutnya sebelum dapat memastikan program yang dibangunkan berjaya.

Mesin CNC akan hanya memahami arahan-arahan mengikut bahasa CNC, jika terdapat kesilapan pada arahan mesin akan bergerak tidak betul.

Di bawah adalah antara arahan perlu di kenalpasti setiap pengaturcara bagi memastikan mesin CNC nya bergerak mengikut arahannya.

• O – Nombor program (Digunakan untuk mengenal pasti program)

• N – Nombor turutan (Digunakan untuk pengenalan talian)

• G – fungsi persediaan

• X – Penetapan paksi X

• Y – Penetapan paksi Y

• Z – Penetapan paksi Z

• R – Penetapan jejari

• F – Penetapan kadar suapan

• S – Penetapan kelajuan Spindel

• H – Penetapan jarak mata alat

• D – Penetapan jejari mata alat

• T – Penetapan mata alat

• M – Fungsi pelbagai

 

MUAT TURUN NOTA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>